Bahasa Komputer
Ok, katakanlah anda sedang membuka facebook di smartphone anda, dan anda menghantar mesej ke kawan anda, semua itu sebenarnya dilakukan oleh komputer, yang menerima arahan daripada anda(input) dan melaksanakan arahan itu. Wait?!! Phone saya awak panggil komputer? Of course my friend, malah dunia hari ini dah dikawal oleh komputer.<But not by Terminator, God Forbid, or maybe not yet> Bila anda menggunakan phone anda ia membaca maklumat dan memproses maklumat tersebut yang wujud dalam bentuk binary 101010101010101010101010101010.So katakanlah anda tekan butang send dalam facebook anda, phone anda akan tafsirkan mesej itu kepada nombor binari, 101010101010, dan proses ia dan hantarnya ke kawan anda. Tapi saya tak nampak pun ia ditulis dalam nombor. Benar. Anda takkan dapat baca dalam nombor binary tu sebaba hanya komputer sahaja yang bacanya. Sebelum komputer bagi kat awak mesej tu, ia akan tafsir balik kepada huruf yang anda boleh baca. Hi, lama tak jumpa.
Kenapa komputer baca dalam binary, 10101010?
Pertama, komputer bukan benda hidup, so ia bukan macam manusia dimana kita boleh faham sesuatu melalui perkataan. contoh huruf dibawah ini kita boleh faham kan, tapi komputer tak;
Hello World
So nak bagi mudah, manusia akan tetapkan beberapa siri nombor daripada 1 dan 0 yang kita panggil bit kepada satu byte.
1 dan 0 kita panggil bit.
tapi 8 nombor 1 dan 0 seperti;
10000001
11000011
11110000
11111111
dan lain-lain, tu kita panggil byte. Kat atas ni saya bagi 4 contoh byte, so kita panggil ia 4 byte. Dan daripada sinilah istilah saiz dalam komputer muncul, megabytes(mb), gigabytes(Gb), terabytes(Tb), kilobytes(kb).
Contoh dalam 2 kilobytes kita ada 2 kilo bytes, kilo tu sama dengan 1000, so 2 kilo bytes sama dengan 2 000 bytes. So anggap 4 baris bytes tadi ditambah dengan 1996 baris bytes lagi.
Nampak macam banyakkan, tapi sebenarnya ia agak sikit, saya bagi contoh;
bagi perkataan Hello World diatas, nak bagi komputer boleh bacanya, maka kita akan letakkan 1 byte nombor 1 dan 0 tadi ke satu huruf.
H - 01001000
e - 01100101
l - 01101100
l - 01101100
o - 01101111
<SPACE> - 00100000
W - 01010111
o - 01101111
r - 01110010
l - 01101100
d - 01100100
Ya, space pun dia kira. So, untuk setiap huruf ada 8 bits number 1 dan 0. Bila, kita baca Hello World, komputer baca;
01001000 01100101 01101100 01101100 01101111 00100000 01010111 01101111 01110010 01101100 01100100
So cuba teka berasa saiz dalam bytes bagi perkataan Hello World tu?
Mungkin anda rasa pening. Jangan give up lagi, serioussly ia amat senang, lagipun anda dah tahu serba sedikit mengenai bahasa komputer, dan ini baru glimpse of it, kita masih belum teroka jauh lagi kedalam jiwa komputer. Tapi its enough already, akhirnya anda dah tahu serba sedikit tentang asas komputer yang hakikatnya dah jadi tulang belakang kehidupan manusia. Tak percaya?
Fine, try jangan guna phone dalam sehari, or just guna phone untuk call sahaja, no internet, and then we will see.
Actually, tu bukan argument yang bagus untuk sokong fakta komputer dah jadi tunjang kehidupan manusia. So, lets get real.
First, tunjang ekonomi. Pernah dengar atm, mestilah, ok, bagi yang tak tahu tu tempat mak ayah kita dan orang lain cucuk duit, sebenarnya ia bukan cucuk duit pun, awak just isi card, bagi no pin pastu anda akan dapat duit. Tapi anda kena adalah sedikit wang dalm bank.
So macam mana atam berfungsi, (versi simple);
Anda cucuk card anda dalam atm, atm akan baca card anda dan proses maklumat bank anda, dan hantar ke pusat, kat situ, komputer akan proses dan kata Ahmad Bin Ali sedang akses atm, check account dia, ada RM 1000, so ahmad nak RM 50, so dia taip 50, dan atm hantar maklumat ke pusat, dan pusat pun akses maklumat akaun ahmad, pastu pusat akan potong 50 daripada akaun ahmad dan atm akan bagi not RM 50 ke ahmad.
Semua tu berlaku tanpa ada manusia yang uruskan, manusia just pastikan komputer berfungsi dengan baik supaya tak berlaku kacau bilau dalam sistem. Sebab tu anda masih boleh keluarkan duit pada waktu 4 dan 5 pagi, walaupun mana ada orang kerja kat bank. Kecuali pak guard, tu pun kalau ada, kalau takde pun boleh juga keluarkan, dinamit.
Well itu baru satu contoh dalam kepentingan komputer dalam kehidupan manusia, actually, saya tak mahu cakap banyak pasal tu sebab tajuk utama kita bukan kepentingan komputer tapi just introduction to computer.
So, itu saja daripada saya, bertemu lagi kita insya Allah selepas ini di qifa.py.
p\s, penulis tak bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan idea dinamit tadi, its just a joke folks, so laugh.
jawapan ;
11 bytes
qifa.py